Perah sebiji limau nipis kedalam segelas santan kelapa. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya meyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama sejam. Basuh dan bilas. Lakukan tiga kali seminggu.
Buang kulit halia dan tumbuk hingga hancur.Apabila kepala berasa gatal,sapukan halia itu pada kulit kepala sambil menggosok-gosokkannya. Ia mungkin pedih sedikit tetapi ia hanya sekejap sahaja.Lakukan sekerap mungkin.Kelemumur akan hilang dan kepala tidak gatal.
Kaedah lain
Tumbuk tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga hancur kemudian saring & ambil patinya. Jadikan ia sebagai syampu. Gosok rata dan biarkan selama 15 minit kemudia n bilas dengan air. Lakukan sebanyak dua kali seminggu.
Tumbuk sedikit lada putih dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada bahagian ketiak pada setiap malam sebelum tidur. Lama kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
Kaedah lain
Sapukan sedikit kapur sirih di ketiak yang berbulu biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walaupun dengan tangan dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.
Sediakan sebatang lilin,dua sudu minyak tanah dan sebaldi air.Kikis lilin biar halus-halus dan masukkan ke dalam bekas air berserta minyak tanah itu. Kemudian gosok lantai seperti biasa.
Kaedah lain
Gunakan mop yang dicelup dengan lebihan air teh untuk mengelap lantai kayu dan biarkan kering.
Sekiranya mata kanan terkena cili, basuh jari kaki kiri dan begitulah sebaliknya.
Kaedah Lain
Gosokkan dengan hujung rambut anda.
Kaedah Lain
Ambil sedikit(secubit) garam lalu hisap dan airnya hendak ditelan sedikit. Insa-Allah dalam tempoh yang singkat rasa pedih mata itu akan terus hilang.
Campurkan sedikit susu dengan sedikit air hingga pekat.Celup atau rendamkan pakaian yang terkena dakwat itu selama 25 minit.Kemudian cuci dan bilas seperti biasa.
Kaedah lain
Ambil sedikit kapur sirih,garam halus serta cuka.Lecetkan di tempat yang terkena dakwat.Beruslah perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.Lakukan beberapa kali sehingga dakwat tersebut hilang.Cara ini akan menjadikan proses mencuci akan menjadi lebih mudah.

